GARA-gara penyebaran gambarnya sedang ‘bercium’ dengan seorang penyanyi baru, Fara Mendoza bertegas mahu mencari dalang kepada penyebaran foto tersebut.
Menurut Fara dia tidak akan tergamak melakukan perkara kurang sopan itu dan menyifatkan itu adalah perbuatan khianat terhadapnya.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian.
“Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.
“Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut,” katanya kepada mStar.
Fara Mendoza Berkucupan Mesra Di Lokasi Penggambaran?
Fara berkata dia akan menyiasat siapa dalang yang menyebarkan foto berkenaan kerana seolah-olah memberi gambaran ingin menjatuhkan karier seninya.
Sebelum ini, Fara pernah hangat dengan kontroversi mengatakan pelakon Fizz Fairuz menganggunya menerusi aplikasi perbualan We Chat.
Namun, kontroversi itu berlalu pergi sebaik Fizz mengeluarkan kenyataan bahawa dia langsung tidak mengenali Fara.
Panggilan Lebih Hangit Fara Mendoza