Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

LHDN Tuntut Najib Bayar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memfailkan saman untuk mendapatkan semula...

Lapah Mayat, Makan Hati,...

MOSCOW - Seorang lelaki yang digelar pontianak selepas meminum darah rakan kolej yang...

Polis Kepung Tempat Kepak...

SIBU - Polis membuat kepungan sejak tengah hari semalam di tapak di mana...

Agong Titah Rakyat Hayati...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Foto Viral: Budak Jual Ulam Di Ipoh, Undang Simpati Ramai

JIKA kanak-kanak seusia dengannya sedang seronok menonton kartun dan asyik bermain dengan gajet, lain pula kisah adik ini.

Hari-harinya dilalui dengan menjual ulam-ulaman berseorangan demi membantu menyara keluarganya.

Ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, adik yang dikenali sebagai Hafiz ini gigih mengayuh basikalnya dengan membawa bakul yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ulam-ulaman untuk dijual di sekitar bandaraya Ipoh, Perak.

Lebih menyentuh hati, adik Hafiz ini tidak bersekolah kerana terpaksa bekerja memandang ibu bapanya tiada pendapatan.

Kisah adik Hafiz ini dikongsi oleh seorang netizen, Man Bekam menerusi laman Facebook sekali gus mencuri tumpuan dan simpati ramai selepas beberapa gambarnya menjadi viral.

Difahamkan, Hafiz juga sering dilihat berada di pasar-pasar malam untuk berniaga ulam-ulamannya dengan berlapikkan kain.

Bagaimanapun, tidak dapat diketahui sebab ibu dan bapa Hafiz tidak bekerja.


Menurut seorang netizen, Gold Mass, Hafiz mempunyai dua orang adik dan yang bongsu baru berusia setahun.

Tambahnya, ibu Hafiz hanya membancuh teh untuk adik bongsunya kerana tidak mampu membeli susu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada kedaifan hidup keluarga Hafiz, selain turut memuji sikap bertanggungjawab kanak-kanak lelaki ini.

Berikutan itu, ramai yang memohon agar pihak-pihak berwajib untuk membantu adik Hafiz bersama keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=XMliSiEEvLg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori