Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bantu Hospital Majukan Pelancongan

BALIK PULAU - Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam membantu pihak hospital...

Tular Ikan Beracun Mirip...

SEEKOR ikan beracun di pusat akuarium Sea Life di Manchester Trafford Centre, United...

Jangan Silap Langkah Pilih...

LAHAD DATU - Penduduk Lahad Datu dinasihatkan agar tidak tidak membuat pilihan yang...

ATM Tak Terbabit Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang...

Fynn Jamal Perjelas Isu Menyanyi Atau Meraung Dalam Lagu

SELEPAS dipersoal baru-baru ini di Twitter tentang cara nyanyiannya bagi lagu Suatu Pernah, Fynn Jamal menjelaskan bahawa cara nyanyiannya itu adalah berkonsepkan genre theoretical.

Fynn yang juga terkenal menerusi lagu ‘Arjuna Beta’ berkata, genre serta konsep lagu sedemikian masih lagi baru dalam industri seni Malaysia.

Memetik laporan portal mStar Online, Fynn atau namanya Nur Affina Yanti Jamalludin, berkata, genre seperti itu kian popular di negara-negara Barat, namun mengambil masa untuk diterima pendengar muzik negara ini.

[PERTIKAI CARA NYANYI: KARL SHAFEK HARAP FYNN JAMAL TAK KECIL HATI]

Karl Shafek persoal cara nyanyian Fynn Jamal menerusi lagu Suatu Pernah di laman sosial.

“Semua lagu ciptaan saya adalah puisi dan apa yang saya sampaikan bukanlah dalam bentuk nyanyian sebaliknya lebih kepada puisi berlagu.

“Genre lagu tersebut ialah theoretical iaitu saya bercerita tentang sesuatu perkara diiringi lagu, namun saya akui ia masih baru dan perlukan masa untuk diterima oleh peminat muzik Malaysia,” katanya.


Fynn menjelaskan perkara tersebut berikutan kontroversi yang terpalit di antaranya dengan pelakon Karl Shafek yang mempersoalkan cara nyanyiannya dalam lagu tersebut sama ada bercakap, menyanyi atau meraung.

Penyanyi berusia 32 tahun itu menyatakan dia tidak boleh memaksa pendengar untuk menyukai karyanya namun percaya genre yang dipertaruhkan itu ada peminatnya yang tersendiri.

Ujarnya lagi, kritikan yang diberikan oleh pelakon tersebut dan orang ramai adalah perkara biasa dalam bidang muzik. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=8LMBDD7jQcM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori