Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Keputusan Khairul Lepas Jawatan...

JOHOR BAHRU - Keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat...

Isu Larangan Bertudung Bertentangan...

KUALA LUMPUR - Sebarang dasar larangan pemakaian tudung seperti yang dilapor dibangkitkan Persatuan...

Industri Perikanan Kekurangan Golongan...

TANGKAK - Industri perikanan negara kini menghadapi cabaran kekurangan golongan muda dalam industri...

PRU15: Tiada Perubahan, BN...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO dan BN...

Gadis ‘Berwajah Separuh’ Terima Pembedahan Plastik Di Korea

SEORANG gadis berusia 21 tahun dikatakan hampir berputus asa untuk meneruskan hidupnya gara-gara sejenis penyakit yang mengakibatkan mukanya kelihatan pelik dan tidak sempurna.

Pyo Ga Hee atau terkenal dengan gelaran ‘gadis berwajah separuh’ dari Korea ini walau bagaimanapun telah menerima sinar harapan baru untuk meneruskan kehidupannya selepas muncul dalam sebuah rancangan televisyen di negara itu.

2

Sejak kecil lagi, Ga Hee telah menghidap sejenis penyakit yang dipanggil retinoblastoma, sejenis ketumbuhan tumor yang memberi kesan di bahagian retinanya.

Selepas berjaya menjalani rawatan kimoterapi, bahagian mata kirinya itu telah terkesan dan mengakibatkan separuh mukanya itu tidak berfungsi.

Akibat sering diejek oleh rakan sekolahnya dan ditambah pula dengan tekanan daripada ibunya yang menghidap penyakit kanser telah membuatkan Ga Hee mahu berputus asa dan tidak mahu mengejar mimpinya lagi.

3


Walau bagaimanapun, selepas muncul dalam rancangan televisyen di Korea, Let Me In, Ga Hee telah menerima bantuan untuk memulihkan semula rupa dan mukanya yang terkesan akibat penyakitnya itu.

Gadis tersebut telah tampil di dalam rancangan tersebut dengan wajah yang baru dan telah mengejutkan orang ramai.

Ternyata pembedahan plastik di Korea lebih berfaedah kepada orang yang memerlukan berbanding artis yang mementingkan populariti semata-mata.

Lihat transformasi dan perubahan yang ketara pada muka Ga Hee. Semoga dia mendapat ilham serta semangat baharu untuk meneruskan hidup serta mengecapi impiannya dahulu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

4

5

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori