SATU video rakaman yang memaparkan bagaimana beberapa anggota polis memukul seorang gadis pada satu majlis keagamaan hanya kerana dia cuba menggunakan laluan VIP, telah tersebar di India.
Gadis itu. Nandini Goswami, 20, kemudiannya dibawa ke balai polis. Malangnya di situ, dia terus dipukul selama sejam.
“Ketika itu saya, ibu serta bapa saya cuba memasuki tempat berkenaan melalui pintu VIP tanpa tiket. Ramai lagi yang tidak mempunyai pas VIP namun apabila kami masuk, dua ke tiga anggota polis menangkap serta mula menolak kami,” katanya.
Menurut Nandini, kejadian itu mengakibatkan baju ibunya koyak. Keadaan berkenaan menyebabkan Nandini menjadi marah dan mula memarahi anggota polis terbabit.
Tiba-tiba seorang anggota polis berpangkat konstabel menjadi marah lalu mula memukul mereka.
Video yang dirakamkan itu menunjukkan ibu bapanya cuba melindungi anak mereka daripada dipukul dan selepas dimuat naik dalam YouTube, ia tersebar luas.
Ia juga menyebabkan polis terpaksa menyiasat kes itu manakala dua daripada anggota polis terbabit telah digantung tugas. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=wDnwJB9kqzg