Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Maut Kepala Terhempap ‘Transformer’...

KOTA BHARU - Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggara eletrik di sini, maut selepas...

Pegawai Polis Kritikal Kemaluan...

COLOMBO - Seorang pegawai polis Sri Lanka kritikal apabila kemaluannya digigit seorang lelaki...

Plan V: Pengecas Peranti...

Power bank sudah semakin banyak di pasaran dengan pelbagai kapasiti.Kesemuanya mempunyai satu persamaan...

Najib Gesa Cari Penyelesaian...

KUALA LUMPUR - Merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di sini hari ini, Datuk...

Gagal Dua Perkahwinan, Rita Enggan Berkahwin Lagi

PENGALAMAN pernah melalui dua kegagalan dalam perkahwinannya membuatkan pelakon jelita Rita Rudaini berasa serik sehingga memutuskan untuk tidak berkahwin lagi.

Menurut aktres berusia 39 tahun ini, hatinya juga sudah tertutup untuk mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.

Memetik mStar, “Ramai yang cuba mendekati dan kenalkan saya dengan kawan-kawan mereka, namun saya cakap terus terang saya tidak mahu berkawan dengan mana-mana lelaki.”

Walaupun hatinya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki namun Rita menyatakan dia tidak dapat menolak ketentuan-Nya sekiranya dipertemukan jodoh sekali lagi selepas ini.

rita1


Hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak, Rita dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Sebelum berkahwin dengan Aidil, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pengulas sukan televisyen, Akbar Shaari namun mereka tidak dikurniakan cahayamata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori