Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 35,000 Pekebun Kecil...

MACHANG - Lebih 35,000 daripada 84,410 pekebun kecil getah di Pantai Timur belum...

UMNO Dijangka Muktamad Kerjasama...

SHAH ALAM - UMNO dijangka membuat keputusan untuk memuktamadkan kerjasama dengan Parti Pribumi...

[TIDAK RASMI] Peja Mendahului...

IPOH : Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului dengan...

Anjing Gila : Apa...

BARU-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian 5 orang penduduk di Sarawak yang...

GAMBAR: Berang Tabung Kosong, Pencuri Sepahkan Al-Quran

GARA-gara berang tabung masjid yang penat diumpil tidak mempunyai wang, seorang pencuri tergamak bertindak ‘membalas dendam’ dengan menyelerakkan Al-Quran dan bahan bacaan lain di Masjid An-Nur, Felda Jengka 12, Maran, Pahang, kelmarin.

Kejadian itu disedari oleh seorang jemaah yang juga ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu yang kebetulan hadir bagi menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5 pagi.

Terkejut melihat keadaan dalam masjid yang bersepah, AJK tersebut kemudian melaporkan kepada pihak polis.

12072755_531030930398050_6127976117473690234_n 12038143_531030830398060_507376921942490344_n 12074979_531030857064724_1599769880225899880_ntabung1.jpg.transformed

Menurut Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, suspek yang dipercayai berusia 40 tahun itu pada mulanya masuk ke dalam masjid untuk mencuri duit tabung.

“Suspek masuk menerusi pintu tidak berkunci dan cuba mengumpil tabung masjid, namun berang apabila tabung di ruang solat tidak berisi.


“Suspek bertindak menyelerakkan barangan dalam masjid termasuk al-Quran, sejadah dan telekung, malah beberapa barangan di dalam masjid turut dirosakkan,” katanya kepada Harian Metro.

Setakat ini, kami masih belum menerima laporan sama ada suspek telah berjaya ditangkap ataupun tidak. – MYNEWSHUB.CC

Video sampingan – kejadian lain

https://www.youtube.com/watch?v=OZZUV_xXFvA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori