BERIKUTAN isu jerebu yang berlarutan berbulan lamanya, majalah National Geographic edisi Indonesia mengambil pendekatan mengeluarkan sampul hadapan majalah mereka dengan cara yang begitu win sekali menerusi penerbitan bulan November 2015 mereka.
Menggunakan cover warna kuning yang merupakan warna rasmi majalah itu, pihak editorial menulis, “Maaf. Tak ada gambar indah untuk perubahan iklim. Mampukah kita bertahan?”.
Keadaan jerebu masih lagi teruk melanda Indonesia termasuk negara jirannya, Malaysia dan Singapura.
Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi berkata, republik itu memerlukan tempoh tiga tahun untuk menangani kegiatan pembakaran ladang dan hutan sekali gus menyelesaikan masalah jerebu.
– MYNEWSHUB.CC