KUASA Internet sememangnya membolehkan segala yang mustahil menjadi kenyataan.
Dengan adanya kemudahan sedemikian, semua info boleh diperolehi melalui hujung jari pengguna.
Persoalannya, apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang pengguna Internet ini terlalu kreatif dan bijak?
Jawapannya mudah, inilah yang akan berlaku.. gaya rambut man bun diselit atau dipakaikan kepada pemimpin-pemimpin berpengaruh di dunia!
[PAKAR DAKWA ‘MAN BUN’ DAN ‘TOP KNOT’ BOLEH BOTAKKAN KEPALA]
Memang kelakar dan menarik! Gambar-gambar pemimpin dari seluruh dunia yang menggayakan trend rambut popular kaum lelaki kini ini ternyata menarik perhatian netizen.
Tidak dinafikan, gaya rambut bertocang di kalangan lelaki ini semakin popular di kalangan orang biasa mahupun artis.
Jadi, bagaimana agaknya rupa tokoh-tokoh terkenal dari seluruh dunia ini menggayakan rambut sebegitu, jom sama-sama kita tengok! – Agensi/MYNEWSHUB.CC