Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Makhluk Aneh Ditemui...

AKHBAR The Borneo Post melaporkan, satu makhluk aneh telah ditemui di sebuah ladang kelapa...

PM Palestin Runding Penyatuan...

GAZA - Perdana Menteri Palestin tiba di Gaza dalam langkah ke arah penyatuan...

Kak Mawar ‘Henjut’ Dituduh...

NAMA Kak Mawar mula menjadi perhatian di laman sosial selepas tersebar siri video memaparkan...

Islam Larang Suami `Pancut...

KUALA LUMPUR - Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani...

Gambar Polis Renung Punggung Nicole Kidman Jadi Perhatian

ADAT menjadi seorang selebriti. Pergi ke mana-mana sahaja pasti menjadi tumpuan orang ramai.

Baru-baru ini satu foto yang memaparkan kehadiran pelakon Nicole Kidman di London bagi menghadiri forum Women In The World Summit telah menarik perhatian netizen.

Sebaik sampai ke lokasi persidangan itu, Nicole, 48, sempat tersenyum mesra kepada para jurugambar yang turut sempat membidik aksi seorang pegawai polis berkawal di situ sedang merenung punggung aktres cantik itu sambil tersenyum sinis.

Nicole Kidman arrives at the Women In The World Summit in London, Friday, Oct. 9, 2015. (Photo by Vianney Le Caer/Invision/AP)

Sementara itu, dalam ucapan perkongsiannya menerusi forum tersebut, Nicole menyatakan penceraiannya dengan aktor Tom Cruise merupakan satu keputusan terbaik yang berlaku dalam kehidupannya memandangkan ia memberikan ruang dan peluang kepada Nicole untuk meneruskan kelangsungan dalam bidang lakonan yang menjadi kecintaannya.

Nicole berkahwin dengan Tom pada 1990 namun berpisah 11 tahun kemudian.


Nicole
Nicole bersama bekas suaminya, Tom Cruise.

Sepanjang hidup bersama, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mereka mempunyai dua anak angkat, Isabella, 23, dan Connor, 20.

Nicole kini bahagia dengan suaminya, penyanyi genre country, Keith Urban yang dinikahinya pada 25 Jun 2006.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan, Sunday Rose, 7, dan Faith Margaret yang kini berusia lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

nicole3
Keluarga bahagia Nicole dan Keith Urban.

Nicole Kidman on her success after her divorce from Tom Cruise

Oleh:  JULIANA JOHAR 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori