SERAMAI 300 lelaki dari 20 negara berkumpul untuk ‘Pertandingan Janggut dan Misai Tercantik’ yang diadakan di Leogang, Austria, baru-baru ini.
Mereka bertanding dalam 18 kategori yang telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertandingan Misai Tercantik, Janggut Separuh Tercantik dan Janggut Penuh Tercantik.
Himpunan ini memperlihatkan kesemua peserta teruja dengan penampilan unik dan kreatif ‘aset’ masing-masing yang pastinya mampu menarik perhatian para juri yang menilai.
Tengoklah gambar-gambar yang diambil jurugambar Jan Heitfleisch ini, semua kelihatan cukup bangga dengan misai dan janggut masing-masing! Manly habis! – MYNEWSHUB.CC