Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bajet: PM Bentang Bajet...

KUALA LUMPUR - Bajet 2015, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib...

Polis Cuba Culik Budak...

Yoshioka, Jepun - Seorang anggota polis berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki cuba...

Raja Salman Arah Siasatan...

WASHINGTON - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah memerintahkan pendakwa raya...

Guru Anak Tempatan Sabah...

LIKAS - Kekurangan guru anak tempatan yang mengajar pendidikan Islam di Sabah ketika...

Caj Ganti Mykad RM1,000 Jika Cuai Hilang 3 Kali

PUTRAJAYA – Orang ramai yang mahu menggantikan kad pengenalan (MyKad) hilang buat kali ketiga akibat kecuaian sendiri akan dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 berkuat kuasa 15 Oktober ini berbanding cuma RM300 sebelum ini.

Bagi kehilangan MyKad buat kali kedua pula caj dinaikkan dari RM200 kepada RM300 tetapi bayaran yang dikenakan bagi menggantikan MyKad untuk kehilangan pertama kad pengenalan kekal pada kadar RM100.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Sri Adenan Ab. Rahman berkata, langkah itu dibuat bagi memperketatkan prosedur permohonan gantian MyKad yang hilang.

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kadar kehilangan kad pengenalan disebabkan oleh kecuaian individu daripada tahun 2010 hingga September 2015 adalah sebanyak 1,356,135 kes.

Sehubungan itu, prosedur permohonan gantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian pemilik akan mula diperketatkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Adenan namun menerangkan, kaedah pelaksanaan penambahbaikan prosedur itu tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan MyKad sebelum ini dan hanya akan bermula pada tarikh kuatkuasa prosedur baharu itu.


Selain itu, katanya, kadar itu bagaimanapun dikecualikan ke atas golongan orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan mangsa kejadian bencana alam.

Pengecualian khas ini turut meliputi mangsa dalam kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warga Malaysia yang berusia bawah 18 tahun. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=Ap7k6rOXGDc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori