Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ini Jadi Bila Kim...

SERING kali kita dengar tentang mitos bahawa setiap manusia itu mempunyai tujuh 'kembar'...

Namewee Bebas Dengan Jaminan...

SELEPAS lima hari dalam tahanan, pengarah dan penyanyi rap kontroversi, Namewee dibebaskan dengan...

Mendung, Hujan Beberapa Kawasan...

KUCHING - Cuaca diramal mendung dan hujan di beberapa kawasan di Sarawak, terutama...

AS Guna Isu Uighur...

JABATAN Negara Amerika Syarikat pada Selasa menunjukkan perhatian pada apa yang disifatkan sebagai...

India Dilanda Gempa, Gegaran Hingga Pakistan, Afghanistan

SATU kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di utara India, dengan gegaran turut dirasai di Delhi, India dan Kabul, Afghanistan pada jam 2.30 petang ini, waktu Malaysia.

Gegaran selama hampir satu minit itu mengakibatkan bangunan-bangunan di sekitar bandar New Delhi bergegar.

Portal cuaca Skymetweather melaporkan, ribuan orang berpusu-pusu mencari tempat perlindungan di bandar tersebut akibat panik.

Gempa turut dirasai di Kashmir dan menggegarkan sebahagian besar kawasan di utara Asia Selatan.


Perdana Menteri India, Narendra Modi melahirkan rasa kebimbangannya dengan mengeluarkan Twit agar orang ramai sentiasa berwaspada dan bersiap sedia sekiranya gempa bumi berulang.

29 kematian telah disahkan setakat ini dan angka kematian dijangka terus meningkat.

Ratusan orang awam yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU). – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori