Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tolak Pemimpin Yang Menghancurkan...

TEMERLOH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Dua Askar Mexico Maut...

MEXICO CITY - Pihak berkuasa Mexico menemui dua mayat askar yang hilang selepas...

Strategi Pacu Perubahan Pasaran...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa pendekatan jangka pendek...

Makan Secara Terbuka Di...

TINDAKAN seorang wanita Islam yang memutuskan untuk makan secara terbuka di sebuah restoran...

Geng ‘Jimmy Boy’ Yang Terlibat Dalam Kes Bunuh & Samun Dipatahkan

KAJANG – Geng ‘Jimmy Boy’ yang telibat dengan kes bunuh dan samun berjaya dipatahkan dengan tertangkapnya tujuh anggota kumpulan itu dalam tiga serbuan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata antara yang ditangkap ialah ketuanya yang berusia 35 tahun bersama tiga lagi rakannya di sebuah rumah di Lorong Madrasah, Sungai Sekamat, Kajang pada pukul 6 pagi.

Sementara tiga lagi ditahan di sekitar Seri Kembangan dan Kampung Baru di Balakong, katanya kepada pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Mereka berumur dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun.

Kumpulan ini aktif sejak April lalu.

Willey berkata beberapa barang termasuk sebilah pedang samurai dan empat parang turut dirampas.

“Dengan penahanan ketujuh-tujuh suspek, kami berjaya menyelesaikan dua kes bunuh iaitu di Sungai Long, Kajang dan di Kolam Takungan Air Simpang Balak, Cheras,” katanya.

Kesemua suspek direman mulai Rabu.


Sementara itu dalam kes berasingan, dua suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah ditahan dalam serbuan berasingan Selasa.

Beliau berkata serbuan pertama membabitkan wanita berusia 33 tahun di rumahnya di Taman Damai Perdana, Cheras yang dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak enam bulan lepas.

Turut ditemui ialah sepucuk pistol termasuk enam peluru dalam bilik wanita berkenaan, katanya.

Willey berkata turut dirampas serbuk dadah seberat 94.40 gram, ketamin seberat 11.70 gram, 262 biji pil dipercayai ekstasi seberat 77.20g gram.

Tangkapan kedua melibatkan lelaki berusia 44 tahun di Taman Putri Jaya, Batu 9, Cheras ketika suspek menunggang motosikal dan pihak polis menjumpai 20 paket disyaki heroin seberat 31.76 gram serta enam paket dipercayai dadah jenis yang sama seberat 8.77 gram yang disorok di bawah lengannya.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman mulai hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori