Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Emosi Terganggu, Jiwa Kacau...

KUALA LUMPUR - Disebabkan terlalu kerap membawakan watak yang bermain dengan emosi, pelakon...

Palestin Yang Dibedil, Israel...

SEBANYAK 58 orang rakyat Palestin terkorban dan lebih 2,700 lain telah cedera dalam...

PR Perlu Utama Matkamat...

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat perlu mengutamakan matlamat politiknya yang menyeluruh berbanding matlamat...

Guru Agama Ingatkan Masyarakat...

KANGAR - Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta para...

Givaudan Buka Pusat Minyak Wangi Di Singapura

SINGAPURA – Pembukaan Pusat Kreatif, Sekolah dan Hab Pengeluaran Minyak Wangi di sini mencerminkan komitmen teguh yang berterusan Givaudan terhadap rantau yang berkembang pesat, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Gilles Andrier.

Beliau berkata fasiliti baharu itu juga akan membolehkan syarikat bekerja menerusi perkongsian lebih erat dengan pelanggan bagi menawarkan penyelesaian minyak wangi yang memenuhi kehendak terkini mereka.

“Kami sangat gembira dapat membuka kampus institusi pengajian minyak wangi yang pertama di luar Perancis.

“Ini merupakan detik bersejarah syarikat kami dan memperkukuh komitmen kami terhadap Asia, Singapura dan pelanggan kami di rantau ini,” katanya dalam ucapan pada perasmian fasiliti, di sini.


Fasiliti itu dirasmi secara bersama oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, Dr. Beh Swan Gin serta Pengerusi Givaudan, Dr. Jürg Witmer dan Andrier.

Sementara itu, Beh berkata sebagai rakan kongsi strategik bagi kebanyakan pemilik jenama peneraju, pengembangan Givaudan merangsang kedudukan Singapura selaku hab serantau utama untuk inovasi produk baharu dan pembangunan jenama global dalam industri perniagaan pengguna. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori