Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Throwback: Penampilan Sulung Artis...

ANUGERAH berprestij yang mengiktiraf kreativiti penggiat seni Hollywood, Anugerah Grammy edisi ke-58 akan...

Model Kejam Enggan Maafkan...

Romania - Anak tidak berhati perut dan kejam. Ibu sedang nazak pun tidak...

Video: Tikus ‘Rehat’ Sebentar...

ALANGKAH terkejutnya seorang wanita apabila mendapati kehadiran seekor tikus besar yang sedang 'berehat' di...

Gaji Minimum RM1,500 Tidak...

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 tidak akan...

Jerebu: Golongan Nelayan Bimbang Pendapatan Terjejas

GEORGE TOWN – Jerebu yang melanda negeri ini memberi kesan kepada pendapatan nelayan khususnya nelayan pantai yang tidak dapat turun ke laut berikutan jarak penglihatan terhad.

Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Abdullah Md Din berkata golongan yang paling terjejas ialah nelayan di Zon A kerana bot mereka tidak dilengkapi radar.

“Mereka bimbang jika turut ke laut bot mereka dilanggar atau berlanggar dengan bot nelayan lain kerana jarak penglihatan yang rendah…keadaan itu menyebabkan hasil tangkapan mereka merosot sekali gus menjejaskan pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Sukarelawan Perikanan (Super) di sini, Khamis.

Abdullah berkata sehubungan itu pihak jabatan sedang mengumpul semua maklumat berkaitan masalah nelayan itu secara menyeluruh dan akan diserah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata setakat ini bekalan ikan di Pulau Pinang masih mencukupi tetapi berlaku peningkatan harga berikutan nelayan tidak turun ke laut kerana masalah jerebu.

Sementara itu, beberapa nelayan yang ditemui pada majlis itu melahirkan kebimbangan berikutan sumber pendapatan mereka merosot lebih 50 peratus akibat masalah jerebu.

Khor Thiam Hoo, 54, berkata walaupun keadaan berjerebu, beliau tetap turun ke laut untuk mencari rezeki.


“Saya tiada jalan lain kerana perlu menggaji awak-awak yang bekerja dengan saya. Hasil tangkapan merosot lebih 30 peratus daripada biasa dan kami terpaksa harunginya kerana itu sahaja sumber pendapatan saya,” katanya.

Thor Kean Wah, 40, pula berkata beliau telah seminggu tidak turun ke laut kerana jarak penglihatan begitu terhad dan bot miliknya tidak dilengkapi alat Sistem Pemosisi Global (GPS).

“Saya tidak berani untuk turun ke laut kerana takut pukat yang dipasang hilang dan tidak jumpa laluan pulang ke pangkalan di Kuala Jalan Baharu, Balik Pulau di sini kerana had penglihatan di tengah laut begitu terhad,” katanya.

Seorang nelayan di Sungai Pinang, di sini, Mohamed Rafee M. Sheriff, 51, berkata sepanjang bulan ini baru lapan hari beliau turun ke laut dan keadaan itu amat membimbangkannya kerana pendapatan merosot.

“Pelbagai masalah timbul akibat jerebu ini kerana ia bukan sahaja masalah jarak penglihatan malah turut melibatkan kesihatan kami. Jadi saya harap pihak berwajib dapat menangani segera masalah ini demi kelangsungan hidup nelayan pantai seperti kami,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori