Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

15 Tahun UTAR Sediakan...

KUALA LUMPUR - Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menyambut ulang tahun ke-15 hari ini...

Wanita ‘Besi’: Dulu Tauke...

INDAH sungguh ciptaan Allah! Manis senyumannya, redup matanya... Dah ada yang berpunya atau...

Graduan Minta Gaji Tinggi...

KADAR pengangguran tinggi di kalangan graduan adalah disebabkan kurang penguasaan bahasa Inggeris selain...

Peruntukan Bajet 2018 Tingkatkan...

KUALA LUMPUR Peruntukan RM14 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Bajet 2018...

Gotong-Royong Bersihkan Tapak Geologi Langkawi

LANGKAWI – Taman Geologi Kilim Karst yang menjadi satu tarikan utama tapak geologi di sini telah menjadi lebih bersih berikutan program Pembersihan Bakau yang dijalankan Kelab Rotary Langkawi.

Disokong Lambaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan beberapa agensi kerajaan serta swasta, program kebersihan itu berjaya menarik kira-kira 1,000 peserta yang berjaya mengumpul 20 meter padu bahan buangan di dalam dan sekitar taman.

Program yang dilancarkan oleh Komander Wilayah Tiga TLDM Laksamana Pertama Rosli Yoob merupakan acara tahunan kelab sejak tahun lepas sebagai inisiatif memelihara alam sekitar di taman geologi itu.

Presiden kelab Dr Gerard Lawrence berkata program tahun ini adalah sebagai penanda kepada kejayaan yang dicapai Langkawi mengekalkan status Taman Geologi Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNESCO) dengan penarafan kad hijau baru-baru ini.


Selain kerja-kerja pembersihan aktiviti lain yang dijalankan termasuk pertandingan fotografi dan esei serta kempen kesedaran awam mengenai kaedah kitar semula dan pelupusan buangan yang betul. – BERNAMA

https://youtu.be/ZJuEKH_942g

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori