Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Sarawak Serbu Premis...

KUCHING – Polis Sarawak minggu lepas telah menyerbu 21 premis perjudian tanpa lesen...

67,000 Peserta Felcra Terima...

KEMAMAN - Felcra Berhad (Felcra) akan mengagihkan keuntungan sebanyak RM305.3 juta bagi hasil...

VIDEO: Driver S’pura Langsi...

SEORANG pemandu Singapura dirakam bertekak dengan polis Malaysia dalam satu video yang mula...

Polis Sibu Serbu Premis...

SIBU – Polis Sibu menahan seorang pengusaha gerai makanan selepas menyerbu sebuah premis...

Graduan Jangan Terlalu Pilih Kerja – Permaisuri Johor

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah menasihat graduan yang baru sahaja tamat pengajian supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam ketidaktentuan ekonomi kini.

Baginda bertitah, “Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti cabaran dan kekangan dalam mendapatkan pekerjaan idaman terhad dan persaingannya juga hebat.

“Justeru, para graduan hendaklah bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang dianjurkan kerajaan bagi membantu anda mencari pekerjaan,” titah baginda ketika merasmikan sesi pertama konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-55, di sini hari ini.

Raja Zarith Sofiah yang merupakan Canselor universiti itu turut berharap agar graduan tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi ketika mereka mengikuti pengajian.

“Teruskanlah berbakti, mudah-mudahan kehidupan anda bertambah berkat,” titah baginda.

Pada konvokesyen kali ini, seramai 5,543 graduan menerima anugerah masing-masing iaitu 325 orang bagi Ijazah Doktor Falsafah; 951 (Ijazah Sarjana); 2,988 (Ijazah Sarjana Muda); 633 (Diploma) dan 651 (Diploma Program Kerjasama UTMSPACE).


Dari jumlah itu, 406 orang adalah graduan antarabangsa dari 30 negara.

Sementara itu, dalam majlis sama, Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penganugerahan itu bagi menghargai sumbangan beliau dalam memartabatkan institusi pengajian tinggi ke tahap yang boleh dibanggakan ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi dahulu.

Presiden Kolej Imperial London, Professor Alice Gast turut menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan sebagai mengiktiraf kepimpinan beliau dalam bidang akademik dan sumbangannya terhadap penyelidikan kejuruteraan dan sains.  – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MPvabjdR0pk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori