Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rakan Sekerja Didakwa Bunuh...

KAJANG - Rakan sekerja kepada Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Nik...

2 Lelaki Ditahan Susulan...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes...

Tambang MRT Laluan Sungai...

KUALA LUMPUR - Tambang perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK), yang...

KL Dijamin Bersih Menjelang...

KUALA LUMPUR - Tahap kebersihan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dipantau rapi bagi...

Graduan Perlu Beralih Ke Pemikiran Baharu Yang Mencabar

SERDANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan para graduan agar keluar daripada kerangka pemikiran biasa kepada pemikiran baharu yang mencabar kebiasaan selain sentiasa bersedia membangunkan cara hidup untuk mencapai cita-cita sebuah negara maju dan berdaulat.

Baginda bertitah seorang graduan mempunyai kelebihan untuk menonjolkan kelebihan intelektual dan membimbing masyarakat ke tahap yang lebih baik selain berupaya meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Beta menasihati para graduan supaya berani mengambil risiko keluar dari zon selesa masing-masing dan sentiasa mencabar keupayaan diri untuk menjadi lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

“Beta ingin mengingatkan para graduan bahawa universiti adalah medan untuk mentransformasi minda, meluaskan fikiran, menghayati hala tuju serta cita-cita yang tinggi dan murni,” titah baginda pada istiadat konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-39 Tahun 2015, di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM bertitah universiti berkenaan terus menerajui nic pertanian dengan memberikan impak yang nyata kepada masyarakat dan negara.

Titah baginda UPM berperanan bukan sahaja untuk menerajui penyelidikan bidang pertanian, tetapi turut melahirkan cendikiawan dan tenaga kerja yang diperlukan bagi meningkatkan pencapaian negara dalam sektor pertanian.


“UPM adalah sebuah pusat pembelajaran dan penyelidikan unggul yang memberi sumbangan kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu melalui hubungan dengan pihak industri serta masyarakat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan para graduan agar tidak sesekali melupakan budi dan jasa ibu bapa, keluarga serta pensyarah yang telah berkorban demi memastikan kejayaan mereka menamatkan pengajian di menara gading.

Pada majlis tersebut Sultan Sharafuddin turut berkenaan mengisytihar dan memperkenan pelantikan semula Pro Canselor UPM kepada Tan Sri Dr Nayan Arifin dan Tan Sri Lim Ah Lek selain pelantikan baharu ke atas Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Seramai 7,056 graduan daripada pelbagai program menerima ijazah dan diploma masing-masing sepanjang empat hari majlis konvokesyen tersebut yang bermula hari ini sehingga 3 Nov depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori