Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kes Rasuah Projek Solar...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi...

Hak Singapura Naikkan Kadar...

KUALA LUMPUR - Keputusan Singapura mengenakan kadar tol baharu kepada kenderaan asing yang...

TERKINI : Pesawat Latihan...

Sebuah pesawat yang digunakan untuk latihan penerbangan dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Pengkalan...

Kisah Lyna: Pemburu Kerjaya...

LYNA. Itu nama panggilannya. Asal dari Pantai Timur. Orangnya baik. Sopan dan sejuk...

Guna Joran Curi Pakaian Dalam Wanita

BEIJING – Seorang lelaki yang ketagih pakaian dalam wanita menggunakan joran buatan sendiri untuk mencuri ratusan seluar dalam dan coli terpakai.

Lelaki berusia 32 tahun itu dilapor menggunakan jorannya mengail pakaian itu di rumah dan laman mangsanya.

Dia dikatakan akan meramas dan menggigit pakaian dalam itu sebelum membawanya pulang.

Lelaki itu yang dikenali dengan nama keluarganya Zhang, akhirnya ditangkap polis dalam satu sekatan jalan di bandar raya Liyang bulan lalu.

Sebaik membuka pintu vannya, polis terkejut mendapati longgokan 285 coli dan 185 seluar dalam di dalam vannya, semua sudah dipakai.


Dia juga didapati mencuri 100 pakaian lain dan mengaku melakukannya sejak tiga tahun lalu.

Menurut laporan media tempatan, Zhang memberitahu polis, dia mulanya mencuri satu atau dua pasang, tetapi menjadi ketagih selepas itu.

Polis berkata, Zhang dihantar ke hospital sakit jiwa untuk pemeriksaan psikiatrik dan pada masa sama siasatan jenayah terhadapnya juga dimulakan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori