Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gilakan Nutella? Ini Resepi...

Siapa yang tak sukakan Nutella kan? Lagi-lagi bila dimakan begitu sahaja. Memang menjilat...

RM9.6j Baik Pulih 39...

KOTA BHARU : Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik daif di seluruh...

PRK K.Kangsar: Mastura Mengundi...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid melaksanakan tanggungjawabnya...

30 Pelajar Malaysia Tamat...

NILAI - Proses kuarantin bagi 30 pelajar Malaysia yang tiba di tanah air...

Guru Maut Dalam Perjalanan Hadiri Seminar Di Setiu

KUALA NERUS – Seorang guru Tabika Kemas dilapor maut apabila kereta yang dinaiki bersama keluarganya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di sini pagi tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Zaleha Awi, 41, yang bertugas di Tabika Kuala Bekah, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian sementara anak lelakinya Wan Muhammad Irwan Wan Mohd Radhi, 6, cedera parah.

Suami mangsa, Mohd Radhi Wan Derahman, 41, hanya cedera ringan.

Mereka bertiga di lapor dalam perjalanan untuk ke Pejabat Kemas Daerah Setiu bagi menghantar Zaleha menghadiri seminar.

Jurucakap itu berkata kereta yang dipandu suami mangsa dilapor cuba mengelak sebuah kereta yang memotong kereta mereka menyebabkan kereta mereka hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata mayat Zaleha telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori