Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Johor Naik Taraf Lampu...

KUALA LUMPUR - Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor...

Tindakan Membuatkan Pelatah Jadi...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berkata adalah haram kepada...

Nyanyian Jadi Keutamaan, Hafeez...

SEBAGAI seorang pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berasa sangat teruja atas tawaran filem...

Polis Marin Rampas 78,000...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 78,000 bungkus rokok bernilai RM30,960...

Hala Tuju ‘Barter Trade’ Di Sabah Akan Diputuskan JKKN

SANDAKAN – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyediakan rumusan mengenai hala tuju perniagaan tukar barang (Barter Trade) akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN).

Rumusan itu dibuat menerusi pelaksanaan ‘Bengkel Hala Tuju Barter Trade‘ selama tiga hari yang berakhir hari ini di sini, anjuran Esscom membabitkan 16 agensi.

Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata JKKN yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan membuat keputusan mengenai hala tuju Barter Trade yang dilaksanakan di tiga daerah iaitu di Sandakan, Tawau dan Kudat.

Katanya ada perkara boleh diperkemaskan dalam memastikan perniagaan tukar barang berjalan dengan baik tanpa merugikan mana-mana pihak.

“Diharapkan satu keputusan positif dapat dibuat oleh JKKN khususnya membabitkan penambahbaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan bengkel itu.

Abdul Rashid berkata sudah sampai masanya hala tuju Barter Trade di tiga daerah itu dilihat semula khususnya dari segi kelemahan dalam urusan perniagaan itu.

Katanya Barter Trade di timur negeri ini dilaksanakan bermula 1962 membabitkan pertukaran barang dan berubah mengikut perkembangan semasa.


Menurutnya Esscom melihat terdapat beberapa kelemahan dalam urusan Barter Trade disebabkan pada awal ia diperkenalkan membabitkan urusan tukar barang seperti buah-buahan dari selatan Filipina dengan barang keperluan harian di daerah tersebut.

“Tetapi sejak kebelakangan ini, urusan ini bukan tukar barang dan ada kedapatan membawa duit tunai dan membeli barangan khususnya yang bersubsidi,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan Esscom 95 kuota pengeluaran surat kebenaran dikeluarkan kerajaan negeri Sabah sepanjang 2014-2015 iaitu 35 kuota masing-masing di Sandakan dan Tawau, manakala 25 kuota di Kudat.

Sebanyak 31 syarikat mendapat kelulusan menjalankan perniagaan ini iaitu 14 syarikat di Sandakan, 10 (Tawau) dan tujuh (Kudat).

Surat kebenaran menjalankan perniagaan tukar barang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan negeri dengan mengambil kira perakuan daripada Majlis Keselamatan Negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori