Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

3 Sahabat Didakwa Edar...

IPOH - Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

YPM Mahu Pelajar MJHEP...

GEORGE TOWN - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) mahu para pelajar di bawah Program...

PAU 2016: Masa Suntik...

KUALA TERENGGANU - Perhimpunan Agung UMNO, yang diadakan saban tahun bukanlah sekadar acara...

Tambahan 126 Sekolah Laksana...

PADANG TERAP - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengumumkan kementeriannya...

Halle Berry, Oliver Martinez Pilih Untuk Bercerai

SETELAH dua tahun hidup bersama sebagai suami isteri, bintang Hollywood terkenal Halle Berry dan suaminya, Oliver Martinez akhirnya memutuskan untuk bercerai.

Pasangan glamor ini dilaporkan membuat pengumuman perpisahan tersebut menerusi satu kenyataan bersama kepada stesen televisyen terkenal CNN pada Selasa lalu.

Keputusan ini dikatakan atas persetujuan bersama setelah Berry dan Martinez merasakan mereka berdua sebagai sudah tidak sefahaman lagi.

“Dengan berat hati kami memutuskan bercerai. Kami melangkah maju dengan cinta dan rasa hormat satu sama lain dan saling fokus pada apa yang terbaik bagi anak kami. Kami berharap masing-masing hidup bahagia,” kata pasangan itu.

Pasangan tersebut berkahwin pada Julai 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maceo yang kini berusia 2 tahun.


Berry bertemu Martinez pada tahun 2012 di set penggambaran filem Dark Tide.

Ini adalah penceraian ketiga aktres Catwomen selepas pernah berpisah dengan pemain besbol terkenal, David Justice dan penyanyi, Eric Benet.

Antara filem yang dibintangi Berry adalah X-Men, Robots, The Call dan Perfect Stranger. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=63u9ihxPGEg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori