Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Wisma Putra, BNM Bincang...

PUTRAJAYA - Wisma Putra dan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengambil langkah awal...

Video : Pemandu ‘Gila’...

SATU video memaparkan rakaman sebuah kereta jenis Mercedes dilihat memandu secara melawan arus...

Ed Sheeran Kahwini Teman...

PENYANYI dan penulis lirik dari Britain, Ed Sheeran mengahwini teman wanitanya, Cherry Seaborn...

Shahrol Shiro Menyamar ‘Pak...

HARI pertama sesi persekolahan 2018 pastinya diwarnai dengan pelbagai reaksi dan 'drama' emosi...

Jerebu: Hanya Pasir Gudang Catat IPU Tak Sihat Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR – Kualiti udara seluruh negara menunjukkan perkembangan positif setakat 9 pagi ini dengan hanya kawasan Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 105.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejumlah 33 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Larkin Lama dan Pelabuhan Klang (masing-masing 85); Kota Tinggi (84); Shah Alam (75); Banting dan Bandaraya Melaka (masing-masing 74); Samarahan (73); Bukit Rambai (72); Batu Muda, Kuala Lumpur (71) dan Putrajaya (70).

Sementara itu, 15 kawasan lain pula merekodkan tahap IPU sihat.

IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan adalah baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 301 ke atas adalah berbahaya.


Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori