Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Moratorium Perlombongan Bauksit Dilanjutkan

PUTRAJAYA - Moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang dilanjutkan tiga bulan lagi...

A. Rahman Hassan, Fadhilah...

PENYANYI terkenal era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, memilih tarikh 25 Disember...

AADK Tahan 20 Positif...

MELAKA - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 20 individu kerana positif dadah...

Jerebu: Yang Di-Pertuan Agong...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Jerebu: Hanya PD Catat Bacaan IPU Tak Sihat Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR – Kualiti udara seluruh negara menunjukkan perkembangan positif setakat 9 pagi ini dengan hanya kawasan di Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada tahap 104.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejumlah 36 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Langkawi (99); Bandaraya Melaka (98); Bukit Rambai (97); Pasir Gudang dan Banting (masing-masing 93); Sri Manjung (92); Larkin Lama (91); Pelabuhan Klang (86) dan Kangar (84).

Kawasan lain yang mencatatkan IPU dalam kategori sama ialah Seberang Jaya 2, Perai dan Kuala Terengganu (masing-masing 80); Shah Alam (79); Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (78); Putrajaya dan Balok Baru, Kuantan (masing-masing 77); Kemaman (75) dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (72).

Sementara itu, 14 kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan tahap IPU sihat antara 28 dan 49.


IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori