Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Campak Ular: APM...

IPOH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggantung serta merta modul pembinaan kumpulan...

Pelajar Dimalukan Kerana Tidak...

PULAU PINANG - Persatuan Pengurus Dan Guru Sekolah Cina Pulau Pinang mendedahkan seorang...

Kegiatan Edar Dadah Tumpas,...

IPOH - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Kerian...

Ringgit Cecah 2,9962 Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura dan mencecah paras tertinggi dalam...

Hospital Swasta Boleh Lakukan Pemindahan Organ

KLANG – Hospital swasta di negara ini dibenarkan untuk melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata pada dasarnya, tiada kesalahan bagi hospital swasta melakukan pemindahan organ sekiranya mereka mempunyai individu dengan kelayakan mencukupi, memperoleh akreditasi serta pasukan sokongan untuk melakukan pembedahan itu dengan berkesan.

“Mereka (hospital swasta) hendaklah mengikut prosedur beretika yang digariskan oleh kementerian.

“Dari segi sejarah, kami membenarkan mereka (hospital swasta) melakukan pemindahan hati dan buah pinggang dengan syarat mereka mempunyai kemudahan dan petugas (melakukan pemindahan organ),” katanya kepada pemberita selepas
menghadiri ulang tahun ke-10 Chennai Silk Palace di sini, hari ini.

Dr Subramaniam berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan pemindahan organ mendapati mereka terpaksa pergi ke luar negara kerana hospital swasta di sini, sukar untuk memenuhi kriteria baharu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dua tahun lepas.

Beberapa hospital swasta melakukan pembedahan pemindahan sehingga berlaku kematian dan kementerian menutup operasi mereka.


Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan peruntukan tambahan bagi pembangunan sekolah-sekolah Tamil dalam Bajet 2016 untuk memastikan program transformasi untuk sekolah-sekolah itu yang sedang berjalan sejak 2010 dapat diteruskan.

Beliau berkata sejak 2009 hingga sekarang, kira-kira RM600 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan sekolah Tamil.

Dr Subramaniam berkata kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada kepentingan dalam menyediakan penjagaan kesihatan asas yang berkesan dalam bajet berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bDoNp8sy4II[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori