GAMBAR seorang ibu yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) melutut meminta maaf kepada anak perempuannya kerana tak mampu belikan telefon bimbit yang mahal kini menjadi viral.
Kejadian yang berlaku di Thailand itu, membuatkan ramai netizen berang dengan sikap biadap si anak apatah lagi ibunya mengalami kecacatan di bahagian kaki.
Gambar berkenaan mula-mula dimuatnaik oleh kakitangan di Mall Harbor, Pattaya yang menyaksikan kejadian tersebut yang berlaku semalam (Sabtu) ke akaun Facebooknya.
Si ibu dikatakan bertindak melutut mohon maaf apabila duit yang dibawa tidak cukup untuk membeli telefon bimbit yang diidamkan si anak.
Rata-rata mengutuk kelakuan anak wanita oku tersebut kerana tergamak membiarkan ibunya melutut dalam tempoh lama meskipun telatahnya disaksikan ramai orang di pusat beli belah tersebut.
Kalaulah depan orang macam itu ibunya dilayan, di belakang entah bagaimana agaknya kan.. kesian.  – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=9iavfteIwFE
Oleh: Rem Ramzi