Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KAFA Lantik Afandi Pengurus...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melakukan rombakan terhadap...

Duit Selalu Dicuri, Warga...

MELAKA : Seorang lelaki warga Nepal direman tujuh hari bermula hari ini bagi...

Kontrak Dua Pengacara Melodi...

PETALING JAYA - Stesen televisyen TV3 tidak menyambung kontrak pengacara Sherry Alhadad dan...

Bayi Tabung Uji: Julia...

JAKARTA - Selebriti seksi dan sensasi Julia Perez tetap nekad mendapatkan anak melalui...

Ibu Kanak-Kanak Tersepit Puji Kecekapan Anggota Bomba

KAJANG – Ibu kanak-kanak autisme yang kepalanya tersepit di tembok ketika bermain di halaman rumah di sini memuji kecekapan anggota Bomba dan Penyelamat Semenyih yang berjaya menyelamatkan anaknya dalam kejadian pagi tadi.

Suri rumah, Nor Hayati Akmam Md. Salleh, 36, berkata, dia berterima kasih kepada anggota bomba terbabit kerana berjaya melepaskan anaknya, Muhammad Izzul Sufi Zulkifli yang tersepit dengan selamat dan cepat.

“Kira-kira tujuh anggota bomba tiba di rumah saya hanya dalam tempoh empat minit selepas saya membuat panggilan kecemasan dan segera bertindak pantas membantu dengan menggunakan kelengkapan mereka.

“Anggota bomba terbabit juga berbudi bahasa kerana meminta izin untuk memecahkan tembok kerana tiada cara lain melepaskan anak saya yang sedang tersepit di situ,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Media hari ini melaporkan, kanak-kanak berusia 7 tahun yang menghidap autisme tersepit pada pagar tembok rumah di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, mangsa, Muhammad Izzul Sufi tersepit kepalanya pada ruang antara pagar tembok rumahnya sebelum diselamatkan anggota bomba.

Menceritakan kejadian itu, Nor Hayati berkata, semasa kejadian dia sedang membuat sarapan untuk anaknya itu di dapur manakala suaminya sedang bersiap untuk ke tempat kerja.


Dia kemudian mendengar anaknya menangis dan Muhammad Izzul Sufi memberitahu kepalanya tidak boleh dikeluarkan daripada tembok tersebut.

Katanya, dia dan suami dengan bantuan jiran berusaha melepaskan anaknya tetapi gagal dan kemudian membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

Jelasnya, Muhammad Izzul Sufi selalu bermain di tembok itu bersama seorang anak jirannya namun insiden demikian tidak pernah berlaku.

“Saya tidak pernah menyangka kejadian ini boleh berlaku. Syukur anak saya selamat dan kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori