Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Umum 6 Insentif...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam...

Kucing Beri Amaran Rumah...

SEPASANG suami isteri di Las Vegas, Amerika Syarikat berkata kucing yang dibela oleh...

Coronavirus Tak Jejas Jualan...

MANADO - Daging kelawar masih menjadi makanan kegemaran di beberapa wilayah di Indonesia...

4 Sungai Di Johor...

PETALING JAYA – Sejumlah empat sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap...

Ibu Terguris Hati Bila Adira Dipanggil Hantu

PENYANYI Adira Suhaimi menyatakan sikap sesetengah pengikut laman Instagramnya yang tidak sensitif bila meninggalkan komen telah menyebabkan ibunya, Rujinah Sarungin terasa dan terguris hati dengan situasi tersebut.

Ini kerana menurut Adira, dia tidak kisah sama sekali dipanggil hantu namun apabila perkara itu sampai menghiris perasaan ibunya, Adira berasakan sudah sampai masanya untuk dia menjelaskan perkara tersebut.

“Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu.

“Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram,” katanya.

Laman Instagram Adira ‘dicemari’ komen kurang enak menerusi satu gambar di mana dia digelar sebagai hantu.

Inilah foto yang dikongsikan Adira sehingga peminat menggelarkannya seperti hantu.

Memetik mStar, Adira berkata dia terpaksa membalas komen-komen tersebut namun bukanlah dia bertujuan untuk bergaduh dengan peminatnya sebaliknya ingin memberikan kesedaran tentang perasaan ibunya yang terasa hati dengan komentar yang diberikan oleh mereka.

“Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku.


“Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak… mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu,” katanya.

Peminat seharusnya lebih sensitif sebelum meninggalkan sebarang komen. Walaupun mungkin sekadar gurauan tapi kita tak tahu bagaimana penerimaan selebriti serta lebih-lebih lagi ahli keluarga mereka yang mungkin terkesan sebaik membaca komentar yang dilayangkan.

Fikir-fikirkan dan sentiasa mengamalkan adab dalam menggunakan media sosial.

– MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=uOSbGPbmfyA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori