KOTA BAHARU – Sebanyak 107 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan Jabatan Imigresen Kelantan dalam operasi di tapak pembinaan bangunan komersial di Lembah Sireh di sini, hari ini.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kelantan, Penolong Pengarah Kanan Imigresen, Siti Khadijah Hamzah berkata mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat permit, tinggal lebih masa dan tiada dokumen.
“Pihak kami telah memeriksa 139 buruh warga asing, dan kami menahan 81 warga Bangladesh, empat rakyat Indonesia dan 22 warga Myanmar.
“Sebanyak 40 anggota termasuk pegawai Imigresen terlibat dalam pemeriksaan yang bermula 9.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tiada dokumen, Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) kerana melanggar syarat pas. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]dPhu73vIfqA[/wpdevart_youtube]