Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

‘Asean Unity Run’ Perlu...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan supaya program 'ASEAN...

Pandelela Tarik Diri 10...

JAKARTA - Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018,...

Shahrir Sedia Pertahan Kerusi...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul...

UMNO Belum Terima Permohonan...

TIMBALAN presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata UMNO belum menerima...

Imigresen Melaka Tahan 139 Warga Asing

MELAKA – Seramai 139 warga asing berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan Jabatan Imigresen Melaka dalam operasi di tiga kilang berasingan di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini semalam.

Penolong Pengarah Kanan Imigresen Melaka Mohamed Lamsah Othman berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 120 orang warga Bangladesh, 14 orang warga Nepal, empat orang warga Myanmar dan seorang warga Indonesia.

“Dua orang warga Bangladesh ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala 137 orang lagi ditahan kerana melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.

“Serbuan dilakukan hasil daripada maklumat orang awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata mereka ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]KNNnnojXHTA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori