Tuesday, July 2, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mungkin Laksana VEP...

PONTIAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke...

Ronaldo Ceriakan Penyokong Juve

TURIN - Cristiano Ronaldo menandakan kemunculan sulungnya untuk Juventus dengan meledak gol ketika...

UFB Sangkal Kisah Karut...

(Berikut dipetik dari http://www.abuaqifstudio.com )**Kisah mengenai Nik Aziz bangun dari koma untuk sembayang...

Kes Tanah Felda: Isa...

SELESAI... Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sudah memberi keterangan...

Amaran Kepada Peniaga Langgar Syarat Guna Pekerja Asing

DUNGUN – Jabatan Imigresen Terengganu memberi amaran kepada peniaga-peniaga tempatan supaya tidak mengambil warga asing, yang pernah melanggar syarat Imigresen, bekerja di premis mereka.

Ketua Penguatkuasa Imigresen Negeri, Ahmad Salihin Salleh berkata amaran itu diberikan kerana majoriti peniaga memilih mengupah warga asing kerana ia tidak membabitkan kos yang tinggi.

“Menerusi operasi yang dilaksanakan, kita dapati pekerja asing menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan tinggal lebih masa di negara ini dan mengambil kesempatan bekerja sebagai tukang masak, pelayan kedai dan tenaga kerja sektor pembinaan,” katanya kepada pemberita selepas Ops Ikrar di sini, Jumaat.

Sambil berkata pihaknya tidak berkompromi dalam perkara itu, beliau berkata peniaga perlu mematuhi prosedur Jabatan Imigresen bagi mendapatkan khidmat warga asing bekerja di negara ini.

Dalam Ops ikrar itu, seramai tujuh peniaga dikenakan saman saksi dan diarahkan ke Pejabat Imigresen Negeri untuk memberi keterangan kerana mengambil warga asing bekerja.


Selain itu, sebanyak 45 Pendatang Asing Tanpa Izin ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam operasi itu yang bermula 12 tengah hari dan berakhir pada 12 malam semalam.

Mereka terdiri daripada 12 warga Thailand, 12 (Indonesia), sembilan (Myanmar), empat (Pakistan), dua (Nepal) dan enam (Kemboja) yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 seperti tiada rekod pengenalan diri yang sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tinggal lebih masa di negara ini.

Mereka dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Imigresen di Ajil untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori