Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kalah Judi, Upah...

DHAKA - Seorang lelaki ditahan selepas memuat naik video pembunuhannya di media sosial...

Lindungi Hutan, Bukan Tolong...

Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan Selangor agar teru melindungi hutan simpan kekalnya dan...

Kucing Pakai Cermin Mata...

DI zaman serba canggih ini, bukan manusia sahaja yang boleh mengecap glamor dan...

3 Lagi Penguat Kuasa...

PULAU PINANG - Seramai tiga lagi lelaki termasuk dua penguat kuasa Jabatan Pengangkutan...

Impian Sultan Johor Miliki Trak ‘Mack’ Jadi Kenyataan

MELBOURNE – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memenuhi impiannya untuk memiliki trak ‘Mack’ termahal di dunia, pada majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane, pada Khamis.

Trak mewah yang mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane dekat sini.

Menurut laporan ABC News, trak itu memiliki beberapa keistimewaan termasuk enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas.

Ini impian beta,” titah baginda mengenai trak mewah itu.

6856872-3x2-940x627

6856904-3x2-940x627

12112226_1192173010809960_5339882873663035021_n


Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 (RM1.5 juta) kerana ditempah khas.

Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu.

“Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lepas.

“Beta tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk,” titah baginda.

Sultan juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal hujung bulan ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori