Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bukit Aman Tunggu Senarai...

KUALA LUMPUR - Senarai nama pegawai dan anggota polis yang didakwa bersekongkol dengan...

Media Sosial: Antara Realiti...

KUALA LUMPUR - "Harga petrol RON95 dan RON97 bulan hadapan dijangka naik"... Maka...

3 Gimnas Gimrama Ke...

KUALA LUMPUR — Tiga gimnas terbaik yang akan menggalas cabaran negara dalam acara...

UMNO Bekerjasama Dengan PDRM...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa akan bekerjasama dengan Polis Diraja...

Indeks Jenayah Melaka Turun 17.8 Peratus – Polis

MELAKA – Melaka mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 17.8 peratus dengan 2,416 kes dilaporkan dalam tempoh Januari lepas hingga semalam, berbanding 2,939 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Kamaluddin Kassim berkata secara keseluruhan jenayah kekerasan juga merekodkan penurunan kepada 489 kes berbanding 666 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata jenayah harta benda termasuk curi, curi kenderaan dan ragut turut merekodkan penurunan kepada 1,927 kes pada berbanding 2,273 kes tahun lepas.

“Kes curi motosikal mencatatkan penurunan paling ketara sebanyak 18.2 peratus dengan jumlah kes sebanyak 1,022 berbanding 1,250 kes pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata kes rogol di negeri ini agak membimbangkan dengan peningkatan 25 peratus kepada 65 kes berbanding 52 kes pada tahun lepas.


Kamaluddin berkata kira-kira 95 peratus mangsa kes rogol berkenaan merupakan mereka di bawah umur.

Sehubungan itu, beliau berkata ibu bapa disaran memantau pergerakan dan pergaulan anak mereka agak tidak menjadi mangsa rogol.

Katanya polis Melaka dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan Melaka, persatuan wanita serta belia turut melaksanakan pelbagai program pendidikan dan ceramah tentang pergaulan bebas kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi di negeri ini.

“Kita juga memberikan kaunseling kepada remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas bagi mengelak mereka menjadi mangsa rogol atau jenayah lain,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori