NENEK kandung kepada Presiden Joko Widodo, Sani Wirejo dilaporkan telah meninggal dunia dalam usia 100 tahun, pada lewat malam Jumaat.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.30 malam waktu tempatan (12.30 tengah malam Sabtu waktu Malaysia) dan meninggalkan tiga anak, 12 cucu dan 24 cicit.
Memetik laporan tribunnews.com, Allahyarhamah merupakan ibu kandung kepada ibu Jokowi, Sudjiatmi Notomiharjo.
Sementara itu, pemimpin Indonesia dan keluarganya dilaporkan tiba kira-kira pukul 8.45 pagi Sabtu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarhamah yang berada di rumah saudaranya yang terletak di Kampung Gondang, Kelurahan Manahan, Solo.
Jenazah Allahyarhamah akan dimakam kira-kira jam 1 petang pada Sabtu di Makam Mundu di Desa Selokaton, Kecamatan Gondang Rejo, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah. – MYNEWSHUB.CC
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=k6sy8ankrU0]