Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

8 Anggota Polis Leka...

IMEJ Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'tercalar' sekali lagi apabila lapan anggota pasukan itu...

‘Gurauan Bom’ Penumpang Terjun...

JAKARTA - Sebelas penumpang pesawat Lion Air cedera akibat 'gurauan bom' seorang daripada...

PAC Panggil 2 Kementerian,...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil dua kementerian dan dua...

100 Penyelam Akan Bawa...

PANGKALAN BUN – Satu pasukan penyelam Badan Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas) mengandungi...

IPIC Akan Bayar Faedah US$102.7j Bagi 2 Bon Diterbitkan Unit 1MDB

KUALA LUMPUR – International Petroleum Investment Co (IPIC) akan membayar faedah bernilai US$102.7 juta yang dijadualkan pada Oktober dan November 2015 dengan dua bon bernilai US$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB Energy Ltd dan 1MDB Energy (Langat) Ltd dan dijaminkan bersama oleh IPIC.

Ini adalah menurut Kertas Terma Terikat dan seperti yang didedahkan sebelumnya kepada Bursa Saham London, kata IPIC dalam laporan kemas kini mengenai perjanjian antara syarikat itu dengan Aabar Investments PJS (Aabar), 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Kementerian Kewangan Malaysia pada 28 Mei, 2015.

Untuk rekod, pada 4 Jun, 2015, IPIC menyediakan US$1 bilion kepada 1MDB untuk digunakan dengan segera bagi menyelesaikan liabiliti tertentunya (Pembayaran Tunai) dan bermula 5 Jun, 2015, IPIC telah mengambil alih tanggungjawab 1MDB untuk membayar (bersifat sementara) semua faedah yang kena bayar di bawah Nota berjumlah US$3.5 bilion dalam amaun prinsipal agregat.

Selepas pindahan aset selesai, IPIC akan terus memikul liabiliti bagi semua obligasi pembayaran di bawah Nota (Andaian Hutang) dan membatalkan obligasi kewangan tertentu 1MDB Group kepada IPIC Group (Pembatalan Hutang).


Oleh itu, pada 30 Jun, 2016, IPIC akan menerima pindahan aset dengan nilai amaun agregat yang terdiri daripada jumlah Pembayaran Tunai, dan Andaian Hutang (satu bentuk khusus pembiayaan hutang) dan Pembatalan Hutang.

1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia bersetuju melaksanakan obligasi yang dijangkakan dalam Kertas Terma Terikat dan untuk memberi jaminan ganti rugi IPIC dan Aabar bagi apa-apa yang tidak dilaksanakan dan sebaliknya, dan Kertas Terma Terikat menggantikan semua urus niaga komersial sebelum ini antara pihak-pihak.

IPIC berkata ia terus komited untuk bekerjasama dengan 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia dan akan terus menyediakan laporan perkembangan terkini yang relevan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori