Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MB Terengganu Enggan Ulas...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari...

BN Tanpa Gagal Sedia...

SEMPORNA - Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal menyediakan pelbagai ruang dan peluang pendidikan...

7,000 Pek Kurma Untuk...

KUALA LUMPUR – Sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini, Lebuhraya KL- Kuala Selangor...

Doktor Serba Salah Kerana...

WASHINGTON DC - Sebuah hospital di Florida berdepan persoalan etika selepas pasukan paramedik...

‘Iron Man’ Jadi Comel Demi Gembirakan Hati Pesakit Kecil

AKTOR popular Robert Downey Jr, ternyata bukan sahaja penyelamat dalam dunia fantasi malah turut layak digelar hero dalam dunia realiti.

Pelakon utama filem superhero Iron Man itu telah merealisasikan impian seorang anak kecil yang menghidap penyakit cystic fibrosis untuk bertemu dengannya.

Ibu kepada budak lelaki bernama Daniel, sebelumnya telah menyeru keprihatinan aktor kacak itu menerusi laman sosial Instagram untuk menunaikan hasrat anaknya.

https://instagram.com/p/8_V68LCuHi/

 

Ternyata usaha wanita itu tidak sia-sia apabila mendapat respon daripada pelakon gred A tersebut.

Tidak hanya datang, Robert mengambil inisiatif untuk menghiburkan hati anak kecil itu dengan memakai kostum watak Tigger dari kartun Winnie The Pooh.


robert-downey-600
Robert Downey Jr memakai kostum Tigger untuk menceriakan budak lelaki yang menghidap cystic fibrosis.

Bukan itu sahaja, pelakon The Avengers itu turut menjemput kanak-kanak tersebut untuk menghadiri majlis tayangan perdana filem Captain America: Civil War pada tahun hadapan bersama-sama dengannya.

Iron+Man_wallpapers_274
Robert Downey Jr dalam kostum Iron Man.

Respon yang diberikan oleh idola kanak-kanak itu sememangnya menarik perhatian serta menyentuh perasaan orang ramai. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori