Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remy Tegur Perangai Artis...

SELAMA sedekad bergelumang dalam dunia seni, aktor serba boleh Remy Ishak boleh dikatakan...

Khairul Tidak letak Harapan...

KUALA LUMPUR - Selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal...

Mya Matahari Jaga Ibu...

PENYANYI Mya Ruslee atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 40, mengakui masih belum terfikir...

Derita Kanak-Kanak Miliki Mata...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.Seorang kanak-kanak perempuan menderita tidak dapat mengelipkan matanya...

Isteri Mangsa Tragedi Rempuhan Mina Terima Bantuan Perkeso

ALOR SETAR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyerahkan bantuan kepada isteri jemaah haji Malaysia, Allahyarham Zulkifly Samad yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, bulan lepas.

Bantuan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1959 itu, meliputi faedah pengurusan jenazah berjumlah RM1,500 yang diterima isteri Allahyarham Zulkifly, Suriahanim Abd Hamid, 40.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia Perkeso Che Hamid Che Ahmad berkata, Suriahanim juga akan menerima faedah pencen penakat setiap bulanmengikut perkiraan tertentu.

“Memandangkan majikan suami beliau berdaftar dengan Perkeso, maka waris (isteri Allahyarham) layak menerima faedah ini,” katanya selepas menyampaikan bantuan berkenaan di rumah Suriahanim di sini.

Turut hadir Pengarah Perkeso negeri Kedah, Othman Mohd Nordin dan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkeso, Tuan Azman Tuan Yaakob.


Suriahanim yang juga Eksekutif Kanan Akaun Perkeso, turut menerima RM3,000 bagi faedah pengurusan jenazah.

Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi (waktu Arab Saudi), 24 Sept lepas, Allahyarham Zulkifly bersama-sama lebih 700 jemaah haji terkorban dalam insiden rempuhan di kawasan perkhemahan jemaah negara Arab, di Mina. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori