JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan Ketua Bencana Nasional Indonesia tempoh selama dua minggu untuk memadam kebakaran hutan, yang menyebabkan jerebu di beberapa negara Asia Tenggara.
Pemimpin republik itu berkata, beliau berharap agar masalah tersebut dapat dileraikan dalam masa dua minggu, kerana keupayaan memadam kebakaran dengan cara semburan air dari udara sudah pun dipertingkatkan.
Indonesia berkali-kali menolak tawaran dari negara-negara jiran untuk membantu memadam kebakaran hutan, namun Jakarta pada Khamis akhirnya memutuskan untuk menerima bantuan dari negara-negara tersebut.
Baca: Jerebu – Indonesia Akhirnya Setuju Terima Bantuan Luar
Juga: Marah Disindir, Indonesia Guna Bahan Kimia Terkuat!
Menurut beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi, bantuan dari negara-negara asing akan tiba dalam sehari dua lagi, malah Malaysia dan Singapura telah pun menghantarnya secara berperingkat sejak Jumaat.
Beliau berkata, pemerintah Indonesia telah bercadang untuk memperoleh pesawat-pesawat baharu mulai tahun depan, yang boleh membawa bekalan air yang lebih besar bagi memadam kebakaran di kawasan luas.
Ini kerana pesawat-pesawat yang telah digunakan republik itu selama ini didapati berusia lebih 17 tahun dan kini tidak begitu berkesan untuk kerja operasi di kawasan jauh terpencil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
https://www.youtube.com/watch?v=fKlU6hvNUZw