Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jambatan Seri Ehsan Permudahkan...

PUTRAJAYA - Jambatan Seri Ehsan yang menghubungkan Presint 4 dan Presint 19 di...

GHB Sila Tinggalkan PAS,...

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru...

Korban Gempa Terburuk Itali...

ROM - Jumlah kematian susulan gempa bumi terburuk di Itali hari ini meningkat...

China Tingkat Belanja Tentera,...

PERBELANJAAN ketenteraan China mencapai rekod baru tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 8.1 peratus...

Isu Kamal Disingkir Daripada Filem, Zizan Nafi Terlibat

ENTAH mengapa, sejak kebelakangan ini tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa pelakon Kamal Adli telah disingkirkan untuk membintangi sebuah filem aksi.

Apa yang lebih mengejutkan, nama pelawak Zizan Razak dikaitkan sebagai punca penguguran tersebut.

Kerana-Zizan-Razak-Kamal-Adli-Digugurkan-Dari-Filem-ROTIKAYA-700x451
Kamal Adli

Bercakap kepada Berita Harian, Kamal akui akan berasa kecewa sekiranya benar dia digugurkan kerana sikap tidak profesional pelawak tersebut.

“Jika ya nama saya digugurkan, saya memang kecewa. Saya sangat teruja dan tidak sabar menanti untuk ke lokasi penggambaran filem itu sebenarnya.

“Saya tak kisah kalau digugurkan kerana kemampuan lakonan masih diragui atau pihak produksi sendiri yang tidak mahukan saya.

“Bagi saya soal peribadi itu tak perlu dicampur dengan urusan profesional. Kalau begitulah ceritanya, saya memang hilang hormat kepadanya. Iyalah saya sedar saya bukan bintang bernama besar sepertinya .

“Kalau sebab peribadi yang menjadi punca, saya tak tahulah nak cakap apa lagi. Sejujurnya saya tak ada masalah untuk bergandingan dengannya,” katanya.


zizan27_field_image_slider.var_1445915620
Zizan Razak

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Zizan menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

“Macam mana pula boleh timbul cerita itu? Siapalah saya untuk menentukan dengan siapa boleh bekerja? Saya hanya pelakon yang buat kerja kerana dibayar.

“Saya bukannya produser yang boleh menentukan siapa barisan pelakon pilihan hati. Ini benda mengarut dan tidak masuk akal.

“Saya malas nak layan atau fikir hal ini. Kalau betul benda (pengguguran Kamal) itu berlaku, ia tiada kena mengena dengan saya sebab bukan saya yang menerbitkan ‘Abang Long Fadil 2’.

Macam saya katakan tadi, saya dibayar penerbit untuk berlakon. Jadi saya hanya buat kerja saya, saya tidak tahu atau campur tangan pun,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori