Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pencuri Sorok Ular Sawa...

PORTLAND (Amerika Syarikat) - Seorang lelaki didapati mencuri seekor ular sawa dari sebuah...

14,000 Tandatangan Petisyen Hukum...

KUALA LUMPUR - Petisyen agar seorang Datin yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap...

Jamal Bertuala Bawa Gayung...

JIKA semalam, netizen dikejutkan dengan video viral Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadu mengenai...

Kerajaan Pastikan Bantuan Mangsa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan...

Jabatan Imigresen Sarawak Tahan 1,562 PATI Dalam Tempoh 10 Bulan

KUCHING – Jabatan Imigresen Sarawak (JIS) berjaya menangkap 1,562 pendatang asing tanpa izin hasil 373 operasi yang dijalankan mulai 1 Jan hingga 2 Okt tahun ini, kata pengarahnya Datuk Mohd Zulfikar Ahmad.

Katanya, dalam operasi tersebut enam majikan turut ditahan kerana menggaji warga asing secara tidak sah (tanpa permit kerja).

“Dalam 373 operasi yang dijalankan seramai 9,309 warga asing telah diperiksa manakala seramai 1,562 orang ditangkap kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau tidak memiliki permit kerja,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata 373 operasi yang dijalankan, 95 merupakan Op Bersepadu manakala 278 lagi adalah Op Berkala dan dijalankan di Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Sarikei dan Mukah.

Menurut Mohd Zulfikar 76.44 peratus daripada PATI yang ditahan itu berasal dari Indonesia, Filipina (17.41 peratus), Bangladesh (1.09 peratus), India (3.56 peratus) dan lain-lain warganegara (0.70 peratus).

Mengenai tangkapan orang Suluk, Mohd Zulfikar berkata ramai yang telah berjaya ditangkap dan kebanyakannya di Miri kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.


“Setakat ini seramai 28 orang Suluk masih ditahan di depo tahanan Jabatan Imigresen sementara menunggu proses untuk penghantaran pulang ke negara asal mereka,” katanya.

Mohd Zulfikar berkata pihaknya akan meneruskan operasi di seluruh negeri ini bagi mengesan dan menangkap warga asing yang bekerja di pelbagai sektor di negeri ini tanpa permit.

Beliau berkata terdapat lebih 100,000 pekerja asing di negeri ini dan 30 peratus daripadanya bekerja dalam sektor perladangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori