Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Cara Parking Kereta Ikut...

ROME – Ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidup oleh...

FAMA, Nekmat Tetapkan Harga...

ROMPIN - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Lagi Suspek Serangan Bom...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai...

Nelayan Pukat Tunda Pantai...

KUANTAN - Kira-kira 300 nelayan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) di pantai timur...

Jakarta Mahu Bunuh 6 Juta Ayam

JAKARTA – Kerajaan Indonesia akan membunuh enam juta ayam daging bermula minggu ini sebagai usaha untuk mengurangkan bekalan serta mengatasi kejatuhan harga makanan itu.

Kejatuhan harga ayam itu berpunca daripada beberapa dasar berkaitan makanan yang dibuat pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Sejak berkuasa pada tahun lalu, Jokowi mahu Indonesia mengurangkan kebergantungan terhadap makanan diimport bagi melindungi petani dan penternak.

Bagaimanapun, dasar itu memberi kesan kepada harga makanan dan mencetuskan kebimbangan pelabur.

joko

Masalah bermula apabila kerajaan mengurangkan import lembu pada suku tahun ketiga menyebabkan pengguna beralih kepada ayam hingga mendorong harga makanan itu meningkat.


Kenaikan harga berlaku ketika pengeluaran ayam melebihi permintaan hampir 30 peratus.

Harga ayam kini turun mendadak dan harga ayam hidup di ladang ternakan dijual 12 hingga 18 peratus bawah kos pengeluaran.

“Jumlah pengguna lebih rendah berbanding pengeluaran akibat terdapat lebihan bekalan. Satu pengurusan dan kawalan perlu dilakukan,” kata ketua pengarah kementerian perdagangan, Srie Agustina.

Sumber industri memberitahu, kerajaan merancang membunuh enam juta ayam daging bermula minggu ini untuk menstabilkan harga. – Reuters/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=KqfBdrJ-3h4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori