Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Amerika Syarikat Catat Kes...

DALLAS - Seorang pesakit yang baharu pulang dari Liberia disahkan sebagai kes pertama...

Durian J-Queen Dijual Pada...

MAHAL... Kepada para 'peminat tegar' buah durian, berapakah yang anda sanggup belanjakan untuk...

Presiden Bola T’ganu Mahu...

NAMPAKNYA sikap jujur seorang peminat bola sepak ini memberi  tuah kepadanya.Ini berikutan, Presiden...

Swatch Bakal Hadir Dengan...

Pelbagai syarikat akhir-akhir ini memfokuskan kepada pengeluaran jam tangan pintar, tetapi ramai yang...

Jambatan P.Pinang: Penunggang Motosikal Terhumban Ke Dalam Laut

GEORGE TOWN – Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Jambatan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam di dalam lumpur di bawah jambatan itu.

Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Perai Roslan Rashid berkata kejadian pada 9.30 pagi di KM1.4 Jambatan Pulau Pinang itu melibatkan dua motosikal dari arah Perai menghala ke pulau.

“Muhammad Noor Firdaus bernasib baik kerana air laut surut menyebabkan sebahagian badannya terbenam dalam lumpur,” katanya di sini.

Beliau berkata pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar jambatan serta di permukaan air dari atas jambatan itu sebaik mendapat laporan berhubung kejadian itu.


“Mangsa ditemui di permukaan air dan dibawa keluar menggunakan sistem anchoring…kami menariknya ke atas jambatan yang setinggi kira-kira 10 meter itu,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer keberikutan pengguna jalan raya berhenti untuk melihat dan ada yang cuba menyelamatkan lelaki itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori