Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Jom Saksikan Proses...

Meskipun golongan Muslim merupakan minoriti di New York, tidaklah begitu sukar mencari makanan...

Mick Jagger Bergelar Ayah...

LONDON - Penyanyi rok veteran Britain berusia 73 tahun, Mick Jagger, yang sudahpun...

Pengunjung Imbau Nostalgia Ampang...

KUALA LUMPUR – Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan...

Remaja Bina Reaktor Nuklear...

KETIKA ramai remaja seusia sibuk dengan media sosial dan juga bermain di jalanan,...

Jangan Cetus Kekecohan Semasa Perlawanan Piala Malaysia – Polis

IPOH – Polis memberi amaran kepada penyokong pasukan bola sepak agar tidak menimbulkan sebarang kekecohan atau provokasi sepanjang perlawanan Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata pihaknya ada menerima maklumat yang mengatakan akan berlaku kekecohan semasa perlawanan tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang terlibat.

Beliau turut mengingatkan penyokong agar tidak membawa gendang, barang larangan seperti mercun, senjata tajam dan topi keledar yang boleh mencetuskan kekecohan dalam stadium.

“Kami akan melakukan pemeriksaan rapi di pintu masuk dan tempat meletak kenderaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini pada Jumaat.

Sum berkata, bagi memastikan perlawanan tersebut berjalan lancar, beliau akan menempatkan anggota polis di luar dan di dalam stadium bagi mengawal keselamatan.

Pada perlawanan Ahad ini, seramai 500 orang penyokong dari Johor dijangka menonton perlawanan tersebut.


Sebelum ini beberapa kejadian kekecohan pernah berlaku semasa perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor DT di sini, selain di Johor Bahru, pada Ogos lepas.

Sementara itu, seorang warga emas kerugian lebih RM70,000 selepas rumahnya disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan kayu baseball di rumahnya di Taman Kim Mee, di sini, semalam.

Sum berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 71 tahun telah didatangi dua lelaki dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi, barang kemas, telefon bimbit dan kad kredit.

Bagaimanapun, keretanya telah ditemui di sebuah padang permainan kira-kira 200 meter daripada rumahnya pada pukul 5.30 petang, semalam, katanya.

Polis sedang mengesan kedua-dua lelaki berumur 20 dan 30 tahun serta meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi polis di nombor telefon 05-2451500 untuk membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori