Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditipu Sindiket Pinjaman...

KEPALA BATAS - Seorang lelaki bukan sahaja kerugian RM2,680 kerana ditipu sindiket yang...

Pelajar Tahfiz Dikhuatiri lemas...

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Maahad Tahfiz Waltarbiyyah (MTT) Darul Iman, Tok Jiring...

Pilih Kerajaan Mampu Jaga...

PUTRAJAYA - Tahun 2018 adalah penting buat rakyat untuk membuat keputusan memilih pihak...

FMM Derma RM1 Juta...

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan...

Jangan Panik Dengan Kes Demam Kepialu – Dr S.Subramaniam

JOHOR BAHARU – Orang ramai tidak perlu panik dengan kes demam kepialu sebaliknya perlu terus mempertingkatkan aspek kebersihan diri masing-masing bagi mengelak sebarang jangkitan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata demam kepialu merupakan wabak yang boleh dirawat, namun orang ramai perlu mengutamakan kebersihan terutama mengelak daripada makan di tempat yang diragui kebersihannya selain mendapat bekalan air bersih serta menggunakan tandas.

“Demam kepialu bukan merupakan perkara baharu di negara ini dan Kementerian Kesihatan mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi dalam menanganinya.

“Kita mengesan kes demam kepialu ini bermula dari tujuh buruh binaan warga asing di tapak pembinaan di Cheras, Kuala Lumpur pada Ogos lepas,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen QA Kementerian Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-8 di sini hari ini.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah kes demam kepialu di Kuala Lumpur meningkat kepada 32 kes sejak Ogos lepas dengan 16 kes dikesan di Titiwangsa, Kepong (lapan), Lembah Pantai dan Cheras (masing-masing empat kes).

Menurut Dr Noor Hisham, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu.

Dr Subramaniam berkata bagi memastikan kebersihan dalam kalangan pekerja asing, pihak majikan perlu memastikan mereka diberi tempat tinggal yang lebih elok dan dilengkapi fasiliti secukupnya terutama air bersih.


Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dalam memastikan kesihatan pekerja dan orang awam terjamin.

“Kita melakukan ujian kesihatan kepada pekerja asing termasuk malaria, HIV dan tibi, namun tidak kepada ujian demam kepialu kerana ia memerlukan kos besar. Sehubungan itu, kita nasihatkan semua pihak supaya menjaga kebersihan masing-masing,” katanya.

Sementara itu lebih 600 individu menyertai konvensyen QA tersebut yang bermula semalam sehingga Khamis ini bagi mengembangkan peningkatan kualiti dalam kalangan anggota kesihatan selain bagi mengiktiraf usaha pelaksanaan aktiviti peningkatan kualiti secara formal.

Sejumlah 52 projek turut dipertandingkan pada konvenyen berkenaan dengan melibatkan dua kategori iaitu pembentangan oral dan poster. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori