Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun...

SUNGAI PETANI - Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Nur Aishah Suhaimi, dari Kampung...

Mira Filzah Jadi Model...

WOW! Pelakon Mira Filzah bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen...

Tubuh Nenek Umur 58...

Personaliti Taiwan Chen Meifen yang memakai bikini merah jambu ini mampu membuatkan mulut...

Jim Carrey Jadi Suspek...

PELAKON Jim Carrey dijadual bakal menghadiri perbicaraan kes kematian teman wanitanya, Cathriona White dalam...

Jangkitan HIV Menurun Sejak 2006

KOTA BHARU – Jangkitan HIV di negara ini menurun secara drastik sejak Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan serta Terapi Gantian Metadon diperkenalkan pada 2006, kata Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr. Ilias Adam Yee.

Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr. Ilias Adam Yee
Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr. Ilias Adam Yee

Ilias Adam berkata, pada tahun lepas, kadar jangkitan HIV adalah sebanyak 11.69 per 100,000 populasi berbanding 21.88 per 100,000 populasi pada 2006.

“Bila kita perkenalkan sahaja program ini, jumlah kes baharu HIV turun dengan drastik kerana sebelum itu, cara transmisi HIV yang paling besar adalah melalui perkongsian jarum dan alat suntikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat sempena Lawatan Media Antarabangsa Berhubung Pengurangan Kemudaratan di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT), Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim; Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, DSP Roslan Yusof.

Ilias Adam berkata, antara matlamat utama program berkenaan adalah untuk mengurangkan penularan jangkitan HIV di Malaysia serta penyakit bawaan darah lain seperti Hepatitis dan sebagainya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori