Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

1MDB: Rafizi Ramli Diperintah...

MAHKAMAH Seksyen Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela...

Anak Bekas TPM Didakwa...

JOHOR BAHRU - Anak bekas Timbalan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Pemilik Butik Didakwa Tipu...

KAJANG - Seorang pemilik butik beg tangan berjenama mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

3 Warga Malaysia Ditahan...

Kota Kinabalu : Seramai 11 individu termasuk tiga warganegara Malaysia yang ditahan selepas...

Jatuh Semasa Main Bola Sepak, Tomok Patah Bahu Kiri

MALANG menimpa pelakon dan penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail apabila disahkan patah bahu kiri akibat terjatuh ketika sedang bermain bola sepak, pada petang Jumaat.

yomo

Memetik laporan mStar Online, kakaknya, Ismaliza Ismail memaklumkan, Tomok kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Tomok dibawa menaiki ambulans ke KPJ Shah Alam selepas terjatuh ketika bermain bola di sana, selepas itu dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

“Setakat ini selepas pemeriksaan x-ray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah. Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi kemas kini laman Instagram, Tomok dilihat memuat naik sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.


“Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk… masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital.

“Lepas x-ray, doktor suruh saya buat pilihan sama ada buat operate atau tidak, entahlah tengah fikir lagi,” tulisnya.

Diharap, semoga Tomok cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=ZfbOFq-RXVA&w=560&h=315]

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tomok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori