Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: Pengarah SPR Perak...

IPOH – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd. Nazri Ismail tiba di...

Empat Terowong Jepun Bakal...

KOTA KINABALU - Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau...

Pengawal Keselamatan Lakukan 10...

SEREMBAN - Sebanyak 10 kes pecah cermin kereta dan mencuri di sekitar sini...

Adnan Yaakob Calon Sesuai...

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon...

JDT Pasukan Malaysia Pertama Cipta Sejarah Ke Final Piala AFC

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah apabila menjadi pasukan bola sepak pertama dari Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC.

Laman rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers berkata, JDT mara ke peringkat akhir AFC 2015 selepas diberi kemenangan percuma untuk perlawanan dengan Al-Qadsia SC.

“JDT dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru pada 20 Oktober ini untuk perlawanan pusingan kedua peringkat separuh akhir Piala AFC 2015.

“Namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara itu dihalang oleh badan induk bola sepak dunia FIFA terlibat dalam kejohanan antarabangsa.

Baca: JDT Harap Aksi Dengan Al-Qadsia Dilangsungkan


“Justeru, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31 Oktober ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut JDT, peluang itu dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan JDT melakar satu lagi sejarah dalam sukan bola sepak Johor.

JDT tewas 3-1 kepada Al-Qadsia SC dalam pertembungan separuh akhir pertama Piala AFC 2015 di Stadium Mohammed Al-Hamad Hawally, Kuwait baru-baru ini. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]-D-SFKkbqvQ[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori