Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Umum Pengecualian...

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari...

Kim Jong-un Senyum Ketawa...

SEOUL - Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan senyum ketawa ketika melawat...

`Perang’ Kempen Jawatan Ketua...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kaiat memaklumkan pemuda...

9 Pendaki Cuba Tawan...

SEPANG - Sembilan pendaki Malaysia berlepas ke Skardu, Pakistan hari ini bagi melaksanakan...

JDT `Derma’ Hak Penyiaran Kepada Pasukan Memerlukan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berhasrat menyerahkan bayaran hak penyiaran untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada pasukan lain yang lebih memerlukan.

Laman Facebook rasmi Harimau Selatan dalam satu kenyataan berkata, PBNJ meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyalurkan wang itu kepada pasukan-pasukan yang menghadapi masalah kewangan sama ada di Liga Super mahupun Liga Perdana.

“Penaung dan Presiden PBNJ menggesa badan induk bola sepak tanah air iaitu FAM agar menyalurkan duit hak penyiaran PBNJ kepada pasukan yang baru naik ke Liga Super dan juga pasukan-pasukan yang menghadapi masalah kewangan sama ada di Liga Super, mahupun Liga Perdana.

“Gesaan tersebut demi memastikan semua pasukan mempunyai struktur kewangan yang lebih stabil. Ini juga adalah bagi menjadikan Liga Malaysia kembali rancak dan mampu bersaing demi peningkatan taraf bola sepak tanah air,” kata kenyataan itu hari ini.


Isu hasil hak penyiaran bola sepak Malaysia bertambah hangat ekoran gesaan PBNJ supaya Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyiasat FAM kerana didakwa gagal menangani rasuah dan menyimpan pendapatan hasil hak penyiaran perlawanan bola sepak.

Dalam temuramah bersama agensi berita antarabangsa Reuters, Penasihat Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, FAM wajar bertanggungjawab terhadap kejatuhan ranking skuad kebangsaan ke tangga ke-171 selepas dibelasah 10 – 0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan lalu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori