Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SSM Beri Diskaun 70%...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus terhadap...

Malaysia Akan Terus Bantu...

KANGAR - Kerajaan Malaysia akan terus membantu Indonesia untuk memadam api kebakaran di...

Syarikat Pemaju Didenda RM12,000...

PASIR MAS –Sebuah syarikat pemaju didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas selepas...

BN Kelantan Konsisten Sokong...

KOTA BAHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan konsisten dalam keputusannya menyokong rang...

JDT Intai Kejuaraan Sulung Piala AFC

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertekad menjadi pasukan pertama negara menjulang Piala AFC, sekali gus menebus kegagalan pada penampilan lepas.

Kelab berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Johor FC sekadar menamatkan saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung di kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu pada 2009.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim yakin skuad Harimau Selatan kendalian Mario Gomez mampu menampilkan aksi cemerlang berdepan wakil Uzbekistan, FC Istiklol pada aksi final yang belum ditentukan gelanggangnya, pada 31 Okt ini.

“JDT bukan sahaja mengharumkan nama Johor tapi juga Malaysia (selepas layak secara automatik ke final Piala AFC).

“Saya yakin dengan sokongan peminat tanah air dan persediaan yang telah dibuat, JDT dapat menewaskan Istiklol FC di final nanti,” kata Karim ketika dihubungi Bernama, hari ini.

JDT mencipta sejarah menjadi pasukan Malaysia pertama layak ke final Piala AFC sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Dua pasukan berkenaan layak secara automatik selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) berkuatkuasa serta-merta, semalam.


Ia susulan keputusan kerajaan Kuwait yang mahu melaksanakan undang-undang sukan baru yang mengancam autonomi KFA sebagai badan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Untuk rekod, KFA pernah digantung dua kali oleh FIFA, masing-masing pada 2007 dan 2008 susulan campur tangan kerajaan negara berkenaan.

Pada separuh akhir pertama 29 Sept lepas, JDT kalah 3-1 kepada juara bertahan, Qadsia SC dari Kuwait di Stadium Kelab Kuwait manakala FC Istiklol tewas 4-0 kepada pendahulu Liga Kuwait, Kuwait SC pada hari berikutnya di gelanggang sama.

Berdasarkan jadual asal, JDT sepatutnya menentang Qadsia SC pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada 20 Okt ini manakala FC Istiklol berdepan Kuwait SC di tempat sendiri, sehari kemudian. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-D-SFKkbqvQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori